Ada yang menyesali takdir. Kenapa hidupku begini,sedangkan yang ku rancangkan adalah berbeza?Di manakah silapnya? Adakah aku yang tersilap, ataukah tuhan yang bersalah? Di sebalik tirai takdir, ada yang mengerti ,apakah mesej yang tersirat ada pula yang keliru,walaupun maksud sudah tersurat.
Bagi seorang muslim,rukun iman yang ke-6,adalah satu perkara yang harus diimani.'Percaya kepada qada' dan qadar.Ada orang ketika lahirnya, telahpun ditentukan bahawa rezekinya sedikit dan ada pula yang mendapat lebih daripada orang lain.Janganlah bersedih.Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka mengubah nasib mereka terlebih dahulu.Ada pula yang telah ditakdirkan untuk hidup dalam keadaan yang sentiasa ditimpa malang.Tuhan tidak kejam.Tuhan tidak menguji seseorang melainkan Dia mempunyai maksud di sebalik rancangan-Nya itu.Jika kita ingin diredhai Allah,kita juga harus redha kepada-Nya.
Setiap dugaan yang telah dilalui dengan penuh kesabaran,boleh menghapuskan dosa dan meningkatkan martabat kita di sisi Allah.Apa yang penting,janganlah memandang bahawa setiap ujian berupa kesusahan itu adalah buruk.Kadangkala,kasih Allah ada di dalamnya.Terpulang kepada setiap individu itu untuk berusaha bagi menyelami setiap maksudnya yang tersirat.
Subscribe to:
Posts (Atom)